Kelas Pendaftaran Kedai di Sarawak Pay
10 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 9 April 2022, staf PEDi Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Pendaftaran Kedai di Sarawak Pay kepada pemilik kedai makan JN Café, Puan Nowien. Staf telah datang ke kedai beliau. Pendaftaran kedai di Sarawak Pay akan membolehkan beliau untuk menerima pembayaran daripada pelanggan yang ingin membayar melalui Sarawak Pay.
Beliau telah diajar cara untuk memuat turun aplikasi tersebut di Google Play. Kemudian, diajar cara untuk menggunakan Sarawak Pay, mendaftar kedai dan mendapatkan Kod QR Pembayaran. Staf juga membuat simulasi pembayaran menggunakan Sarawak Pay untuk memastikan beliau lebih faham.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: